Kaedah penyingkiran Nyahranjau

Kaedah penyingkiran bagi nyah ranjau

Dalam nyah ranjau, apabila sesuatu objek telah dikesan ia disingkirkan menggunakan salah satu kaedah berikut:

  • Dimatikan secara insani.
  • Pembakaran jauh bahan letupan. Di mana mungkin, adalah lebih baik bagi membakar bahan letupan tanpa letupan. Diethylene triamine (berkait rapat dengan ethylenediamine) bertindak balas dengan TNT bagi menghasilkan haba. Sebatian yang terhasil dari tindak balas ini kemudiannya bileh menyala tanpa letupan.[16] Ia telah dilaporkan bahawa amine adalah hipergolik dengan TNT, Tetryl, Sebatian B dan bahan letupan berasaskan TNT yang lain, tetapi ia tidak bertindak balas cara ini dengan bahan letupan berasaskan RDX atau PETN dengan cara yang sama. Ligand organik mengandungi-nitrogen (contoh. pyridine, diethylamine dan pyrole) dikenali sebagai hipergolik with TNT.[17]
  • Membakar periuk api dengan api ketika mengelak letupan besar. Ini boleh dilakukan dengan menebuk lubang pada periuk api tanpa meledakkan kandungannya.[18]

Kaedah penyingkiran bagi pembersihan periuk api

Sesetengah kaedah penyingkiran yang tidak digunakan bagi nyah ranjau kemanusiaan, tetapi biasa bagi pembersihan periuk api, termasuk:

  • Torpedo Bangalore yang membersihkan laluan melalui periuk api. Ini juga boleh digunakan dengan menggunakan Sistem Penembus Halangan Antiperibadi ("Antipersonnel Obstacle Breaching System") atau "Giant Viper", paip hos-berisi bahan letupan dan dilancar melalui medan periuk api oleh roket.[19]
  • Helikopter menunda bajak untuk menterbalik atau meledakkan periuk api. Ini menimbulkan masaalah kerana ia menjatuhkan helikopter apabila bajak tersangkut kepada objek seperti batu besar. Tetapi hal ini telah dibetulkan dengan kegunaan penggerat bajak sensitif tekanan yang terlepas apabila menerima tekanan melampau. Ini bagaimanapun, menjejaskan keberkesanannya apabila periuk api diletakkan di tanah keras atau berhampiran batu, tidak dapat diledakkan.